Home Artikel PAS Melaka

YDP PAS Masjid Tanah ziarah mangsa ribut

323
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 22 Sept : Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman semalam telah melakukan ziarah meninjau beberapa buah rumah penduduk yang rosak dalam satu kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan sekitar Masjid Tanah Sabtu lepas.

Antara rumah yang diziarahi ialah rumah milik Rozita Hasan di Kampung Sungai Tuang dalam DUN Kuala Linggi dan rumah milik Fadilah Ahmad di Kampung Balik Batu di dalam DUN Tanjung Bidara.

Kedua-dua buah rumah ini rosak di bahagian bumbung dan beberapa bahagian dinding akibat dari kejadian ribut tersebut.

Ustaz Imran yang diiringi oleh Pengarah JPrD PAS Kuala Linggi, Ustaz Azmi Sambul dan Pengerusi JPKK Sungai Tuang, Hanapiah Taib turut menyerahkan sumbangan peribadi beliau kepada mangsa-mangsa ribut tersebut.

Sementara itu Adun Kuala Linggi, YB Datuk Ismail Othman dan Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah Norihan Bahari yang turut bersama dalam lawatan itu berjanji akan memberikan bantuan dari peruntukan wakil rakyat masing-masing bagi membaiki kerosakan yang berlaku.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)