Home Berita PAS Selangor

Program Kursus Makanan Menarik Minat Ramai Peserta – Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor

709
SHARE

Oleh : PAS Kawasan Pandan

Pandan, Selangor | 22 September 2020

PAS Kawasan Pandan dan PAS Cawangan Pandan Alami telah berjaya menganjurkan Program Kursus Masakan yang menarik kehadiran bukan sahaja ahli-ahli PAS malahan program ini turut dihadiri oleh masyarakat bukan ahli PAS sekitar pandan.

Kelas masakan mendapat sentuhan tenaga pengajar oleh Cikgu Linda dari Kota Raja yang memberi ilmu yang cukup beharga buat 38 orang yang hadir.

Ke semua peserta diberikan 3 resepi masakan iaitu

  1. donut bomboloni
  2. brownies
  3. roti 5 benua

Ke semua peserta kelas masakan ini berpuas hati dengan konsep, menu, dan penganjuran program ini. Ada yang mohon supaya dapat dilakukan program sebegini dengam menu yang lain pula.

Program anjuran kerjasama dengan Pas Cawangan Pandan Alami ini telah dirasmikan oleh Ketua Cawangan iaitu Ir. Dato’ Iskandar Abdul Samad yang juga merupakan Yang-Dipertua PAS Kawasan Pandan.

Setiap peserta telah diberikan panduan utk menyediakan bahan masakan dan juga dibekalkan masakan yang telah siap utk dibawa pulang.

Penerangan PAS Kawasan Pandan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor