Home Artikel PAS Sabah

Pemuda PAS Kawasan Silam buat laporan polis atas penghinaan terhadap anggota keselamatan.

473
SHARE

22 September 2020
Yusrizal Baco

LAHAD DATU : Pemuda PAS Kawasan Silam membuat laporan polis terhadap calon WARISAN, Mohamadin Ketapi di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu hari ini.

Laporan itu dibuat susulan kenyataan beliau menghina anggota keselamatan yang bertugas sewaktu OPS Daulat dalam satu video yang telah dirakam semasa beliau berkempen.

Selain itu, Pemuda PAS kawasan Silam juga membuat laporan keatas beliau kerana membuat pertuduhan bahawa COVID-19 di Pantai Timur Sabah hanyalah satu sandiwara semata-mata dan bermotifkan politik.

Laporan polis tersebut diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Silam, En.Landari Labobo bersama dua orang ahli pimpinan Pemuda PAS Kawasan Silam.

Beliau berkata, “Isu pencerobohan Lahad Datu pada 2013 lalu, bukanlah isu yang boleh dikatakan sandiwara mahupun mengatakan berperang dengan ayam dan anjing. Ia adalah isu keselamatan negara yang wajib kita pertahankan. Jasa anggota keselamatan yang mempertaruhkan nyawa mereka sepatutnya dihargai bukannya dihina akan tugas mereka “.

Laporan itu telah dibuat pada pukul 5.00 petang tadi dan habis sekitar pukul 6.00 petang.