Home Berita PAS Pahang

SJAMNP MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK PERKAMPUNGAN ASLI

780
SHARE

ISNIN,21 SEPTEMBER 2020 @ 7.25 AM

Chini,Pekan – Sukarelawan Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang (SJAMNP) turun padang untuk memberi sumbangan berbentuk barangan pakaian terpakai kepada penduduk di Perkampungan Asli Muslim Kampung Dusun Chini ,Pekan . Sumbangan yang diterima adalah dari hasil sumbangan – sumbangan masyarakat. Penduduk di Perkampungan Asli Muslim Kampung Dusun terdiri daripada Orang Asli beragama islam (muallaf) dan bukan islam.

Oleh itu ,Puan Suhaila Bt Zahari menjadi wakil SJAMNP untuk menyerahkan sumbangan tersebut kepada Puan Robiah iaitu wakil penduduk perkampungan itu . Wakil penduduk kampung itu, Puan Robiah akan mengagihkan sumbangan yang diterima kepada penduduk-penduduk yang lain . Sumbangan ini , sudah banyak kali diberikan kepada wakil Kampung Dusun .

Demikian itu, SJAMNP berterima kasih kepada masyarakat-masyarakat yang memberi kepercayaan kepada kami untuk mengagihkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan .

Untuk maklumat lanjut mengenai saluran bantuan SJAMNP dan berita semasa tentang aktiviti SJAMNP , boleh terus ke laman utama facebook Sukarelawan Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang atau boleh hubungi Bendahari SJMNP Puan Suhaila ditalian 0129374054. Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun bank BANK ISLAM 6064021202078 SUHAILA BT ZAHARI (Bendahari Sukarelawan Amal).

Media SJAMNP.