KelantanNegeri

AKSB laksana ‘flushing’ paip utama, kualiti air dijangka pulih dalam tempoh lima hari

KOTA BHARU, 5 Ogos – Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sedang mempergiat kerja-kerja pembersihan (flushing) di paip-paip utama di Machang, Pasir Puteh dan sebahagian Kota Bharu Selatan bagi memastikan kualiti bekalan air bertambah baik susulan siapnya kerja pembaikan paip air mentah di Sungai Bagan Machang pada 31 Julai.

AKSB menerusi hantaran di media sosial pada Isnin memaklumkan, pelaksanaan kerja-kerja pembersihan itu menyebabkan kualiti bekalan air bersih sedikit terjejas buat sementara waktu dan dijangka mengambil masa antara empat hingga lima hari untuk kembali pulih seperti sediakala.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️