KelantanNegeri

Tradisi Bubur Asyura terus dipelihara menerusi penglibatan komuniti OKU

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media Dato’ Rohani

BACHOK, 6 Julai – Tradisi memasak Bubur Asyura terus dipelihara menerusi penglibatan aktif komuniti orang kurang upaya (OKU) bersama masyarakat setempat dalam Program Kacau Bubur Asyura anjuran Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Negeri Kelantan (MPPOK) 2026.

Program tersebut berlangsung di Surau An-Nur, Pusat Pemulihan OKU Kampung Aur, Telong, di sini, pada Ahad.

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan YB Dato’ Rohani Ibrahim berkata, penganjuran program itu menghidupkan warisan masyarakat Melayu dan menjadi platform memperkukuhkan semangat kebersamaan, kesukarelawanan dan ukhuwah antara komuniti OKU, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penduduk setempat.

Beliau memaklumkan, program berkenaan menyaksikan penyediaan dua kawah Bubur Asyura hasil semangat gotong-royong apabila satu kawah disediakan oleh penduduk Kampung Aur, manakala satu lagi merupakan kerjasama antara MPPOK dan Persatuan Insan Istimewa Kelantan (INSANI).

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️