KelantanNegeri

Generasi muda diseru manfaatkan teknologi tonjol budaya Kelantan ke persada dunia

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar

PASIR PUTEH, 6 Julai — Generasi muda diseru memanfaatkan teknologi digital dan media sosial secara kreatif serta berhemah bagi menonjolkan warisan budaya Kelantan kepada masyarakat dunia, sekali gus memastikan khazanah negeri terus lestari dan relevan merentas zaman.

Sehubungan itu, Menteri Besar YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud menyeru anak muda Kelantan yang menguasai teknologi moden memanfaatkannya sebagai medium mempromosikan kesenian, kebudayaan dan identiti negeri ke peringkat antarabangsa.

“Gunakanlah kelebihan ini untuk memperkenalkan budaya Kelantan kepada dunia dengan cara yang kreatif, berhemah dan bermaruah.
“Rakamkan keindahan seni tradisional, ceritakan sejarah permainan rakyat, promosikan makanan tradisional dan perkenalkan kraftangan tempatan.
“Jadikan media digital sebagai jambatan yang menghubungkan warisan Kelantan dengan masyarakat dunia supaya khazanah kita bukan sahaja dilihat, tetapi turut dihargai,” katanya.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️