KelantanNegeri

218 armalah Cina, India DUN Kota Lama terima sumbangan kerajaan negeri

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 6 Julai – Sebanyak 218 armalah daripada masyarakat Cina dan India di Dewan Negeri (DUN) Kota Lama menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kelantan dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DHPP, Jalan Kebun Sultan, di sini, semalam.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Pusat Khidmat DUN Kota Lama Dato’ Sr Zamri Ismail bersama Penyelia DUN Kota Lama Ir Nor Shakiman Muhammad.

Pada majlis itu juga turut disampaikan cek kifalah kepada enam wasi warga emas yang meninggal dunia.

Dato’ Sr Zamri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) berkata, program berkenaan adalah sebahagian daripada skim kebajikan Kerajaan Kelantan yang dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️