130 anak yatim, OKU DUN Kijang terima sumbangan kerajaan negeri
Oleh: Irham Hilmi Hashim
PENGKALAN CHEPA, 29 Jun — Sebanyak 130 penerima terdiri daripada 100 anak yatim dan 30 orang kurang upaya (OKU) menerima sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Program Himpunan OKU dan Anak Yatim DUN Kijang sebagai manifestasi keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan golongan yang memerlukan.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Kijang yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Dato’ Izani Husin berkata, sumbangan tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan anak yatim dan golongan OKU sentiasa diberi perhatian serta disantuni.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada para penerima pada Program Himpunan OKU dan Anak Yatim DUN Kijang yang berlangsung di Pusat Khidmat DUN Kijang, di sini, semalam.
Sumber: inforakyat.kelantan.my