KelantanNegeri

Dato’ Siti Zailah dan Dato’ Rohani salur bantuan awal kepada mangsa kebakaran Kampung Lubok Stol

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media UKEKWA

RANTAU PANJANG, 18 Jun – Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusof dan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Dato’ Rohani Ibrahim menyalurkan bantuan awal kepada mangsa kebakaran di Kampung Lubok Stol, di sini sebagai tanda keprihatinan terhadap keluarga yang terjejas akibat musibah tersebut.

Sehubungan itu, Dato’ Rohani berkata, lawatan ziarah itu turut bertujuan meninjau sendiri keadaan mangsa serta mengenal pasti keperluan segera yang diperlukan bagi membantu mereka meneruskan kehidupan selepas kehilangan tempat tinggal.

Sebelum lawatan bersama Exco Kebajikan itu, Dato’ Siti Zailah telah turun menziarahi mangsa pada sebelah pagi 15 Jun lalu bagi menyampaikan sumbangan wang ringgit serta meninjau sendiri keadaan keluarga yang terlibat serta menyelaras keperluan bantuan segera susulan kejadian tersebut.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️