KelantanNegeri

10 calon SPM, STAM DUN Kemahang terima bantuan tablet

Oleh: Syamimi Manah

TANAH MERAH, 18 Jun – Sebanyak 10 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di DUN Kemahang menerima sumbangan tablet pada majlis penyampaian yang diadakan di kediaman Ahli Dewan Negeri (ADN) Kemahang YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman, semalam.

YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam berkata, penerima bantuan terdiri daripada pelajar cemerlang serta pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan yang telah dikenal pasti dan dicadangkan oleh pihak sekolah sebelum melalui proses semakan bagi memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Menurutnya, sumbangan tersebut merupakan antara inisiatif yang dilaksanakan bagi meningkatkan akses pendidikan dalam kalangan pelajar, khususnya dalam era digital yang memerlukan penggunaan teknologi sebagai medium pembelajaran utama.

“Kemudahan tablet ini diharapkan dapat membantu pelajar mendapatkan bahan pembelajaran, membuat ulang kaji dan mengikuti pelbagai aktiviti akademik dengan lebih mudah serta berkesan,” katanya di laman rasmi, semalam.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️