KelantanNegeri

SKC Kuala Balah santuni 12 keluarga uzur dan sakit di Batu Melintang

Oleh: Syamimi Manah

JELI, 9 Jun – Skuad Kita Cakna (SKC) DUN Kuala Balah meneruskan agenda kebajikan masyarakat apabila menyantuni 12 keluarga di Mukim Batu Melintang yang berdepan pelbagai masalah kesihatan dan memerlukan perhatian khusus.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Balah YB Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil berkata, program ziarah yang diadakan di Mukim Batu Melintang itu memberi peluang kepada pihaknya mendekati golongan yang sedang diuji dengan penyakit, uzur serta warga emas.

Menurutnya, lawatan tersebut melibatkan keluarga yang berdepan pelbagai situasi termasuk pesakit strok, sakit jantung, kencing manis kronik, sakit terlantar, mangsa kemalangan, individu yang mengalami kecederaan kaki melecur serta warga emas yang memerlukan sokongan berterusan.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️