KelantanNegeri

Industri ikan hiasan Kelantan jana pengeluaran RM8.05 juta

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media Exco

BACHOK, 4 Jun — Industri ikan hiasan di Kelantan terus menunjukkan perkembangan positif apabila menjana nilai pengeluaran sebanyak RM8.05 juta setakat tahun ini.

Pencapaian tersebut membuka peluang luas kepada golongan belia untuk menceburi sektor berpotensi tinggi yang semakin mendapat tempat di pasaran domestik dan antarabangsa.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, industri tersebut merekodkan pengeluaran lebih 468,000 ekor ikan hiasan, membuktikan aktiviti dagang berskala besar  yang berkembang menjadi antara penyumbang penting kepada ekonomi negeri.

“Angka ini membuktikan bahawa industri ikan hiasan bukan lagi industri kecil-kecilan, sebaliknya telah menjadi antara penyumbang penting kepada ekonomi negeri serta sumber pendapatan kepada ramai usahawan dan penternak tempatan.

“Lebih membanggakan, industri ini turut membuka ruang kepada golongan belia untuk menceburi bidang keusahawanan berasaskan agro yang lebih moden, inovatif dan berdaya saing,” katanya.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️