KelantanNegeri

PKPNK pelihara 55 induk betina Charolais untuk pembiakbakaan

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 20 Mei – Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) menternak 55 ekor induk betina baka Charolais untuk pembiakbakaan.

Usaha itu dilaksanakan bagi menghasilkan baka berkualiti tinggi yang mempunyai kadar pertumbuhan lebih cepat serta potensi pengeluaran daging lebih baik.

Sehubungan itu, Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail berkata, langkah tersebut membuktikan komitmen PKPNK dalam memperkukuh industri penternakan negeri sekali gus meningkatkan bekalan daging tempatan serta menyokong agenda keterjaminan makanan rakyat Kelantan.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️