KelantanNegeri

Jalan Lojing–Cameron Highlands dijangka dibuka semula 21 Mei

Oleh: Asri Hamat
Foto: FB YB Dato’ Dr Izani

KOTA DARULNAIM, 19 Mei – Jalan Persekutuan FT185 di Pos Blau, Lojing yang terputus akibat runtuhan pada awal tahun ini dijangka dibuka semula kepada pengguna seawal 21 Mei ini menerusi pembinaan laluan lencongan sementara yang kini hampir siap.

Perkara tersebut dimaklumkan Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Dato’ Dr Izani Husin di media sosial, hari ini. 

Katanya, pembukaan semula laluan itu amat penting dalam memulihkan hubungan pengangkutan selain merancakkan kembali sektor ekonomi antara negeri, khususnya membabitkan sektor pertanian, pelancongan dan logistik.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️