Lapan persatuan bukan Islam di Kelantan terima sumbangan kerajaan negeri
Oleh: Asri Hamat
KOTA DARULNAIM, 13 Mei – Sebanyak lapan persatuan bukan Islam menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kelantan yang disampaikan Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Mohamad di Bilik Mesyuarat Exco, Mabna Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Badan bukan kerajaan (NGO) terbabit ialah Persatuan Ching Kang Kelantan, Persatuan Yitlan Gua Musang, Persatuan Siam Kelantan, Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan, Tin Hing Kong Building Fund, Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Persatuan Hainan Kelantan dan Pertubuhan Penganut Sri Maha Kaliaman Ayalam.
Semua persatuan berkenaan menerima sumbangan antara RM3,000 hingga RM10,000.
Sumber: inforakyat.kelantan.my