Kuala Krai hab pelancongan sukan ekstrem serantau
Oleh: Irham Hilmi Hashim
KUALA KRAI, 3 Mei — Kuala Krai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi sukan lasak dan eco-adventure berimpak tinggi apabila penganjuran 4×4 Kuala Krai Challenge 2026 berjaya menghimpunkan peserta dari Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan serta negara jiran Thailand, sekali gus menyerlahkan potensi daerah ini sebagai hab pelancongan berasaskan alam semula jadi dan aktiviti ekstrem.
Majlis perasmian program disempurnakan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah yang mewakili Menteri Besar Kelantan di Dataran Hijau, Kampung Laloh, di sini, Jumaat lalu.
Sumber: inforakyat.kelantan.my