KelantanNegeri

Kelantan dipilih lokasi mesyuarat pertama IPTN, MB Kelantan zahir penghargaan

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar

KOTA BHARU, 8 April – Pemilihan Kelantan sebagai tuan rumah mesyuarat kali pertama Institusi Pengajian Tinggi milik Kerajaan Negeri (IPTN) mencerminkan pengiktirafan terhadap peranan negeri ini dalam memperkukuh landskap pendidikan tinggi negara.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato Mohd Nassuruddin Daud menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang memilih negeri ini sebagai tuan rumah, sekali gus mencerminkan keyakinan terhadap peranan Kelantan dalam landskap pendidikan tinggi negara.

Menurutnya, penganjuran mesyuarat tersebut bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara institusi pengajian tinggi, malah membuka ruang kerjasama strategik yang lebih luas dalam memperkasa agenda pendidikan.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️