KelantanNegeri

Cadangan penambahbaikan sistem perakaunan PBT diperhalusi – Exco Kerajaan Tempatan

Oleh: Irham Hilmi Hashim
Kredit foto: Media Exco

KOTA DARULNAIM, 8 April – Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah mengambil langkah proaktif dengan memperhalusi cadangan penambahbaikan sistem perakaunan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan tadbir urus kewangan lebih telus, berintegriti dan berdaya saing.

Menurutnya, dalam landskap pentadbiran masa kini, sistem perakaunan yang cekap dan tersusun merupakan keperluan penting bagi memastikan setiap PBT beroperasi secara mampan dan efisien.

“Pengurusan kewangan yang sistematik dan berasaskan teknologi mampu memastikan rekod kewangan lebih teratur, dikemas kini secara berkala serta meningkatkan tahap ketelusan dalam pentadbiran,” jelasnya menerusi laman sosial, hari ini.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️