KelantanNegeri

MB Kelantan ziarah mangsa kebakaran, Dato’ Dr Izani cadang bantuan sewa rumah enam bulan

Oleh: Irham Hilmi Hashim

KOTA BHARU, 6 April — Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud menzahirkan keprihatinan terhadap mangsa kebakaran di Kampung Pauh, Kedai Buloh, manakala Exco Kerajaan Negeri merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Kijang YB Dato’ Dr Izani Husin mencadangkan inisiatif bantuan sewaan rumah selama enam bulan bagi meringankan beban mangsa yang terjejas.

Kebakaran yang melibatkan lapan buah rumah itu mengakibatkan mangsa kehilangan tempat tinggal serta harta benda, sekali gus menuntut tindakan segera pelbagai pihak.

Dato’ Dr Izani berkata, cadangan bantuan sewaan rumah itu akan dibawa kepada kerajaan negeri bagi memastikan mangsa mempunyai tempat perlindungan sementara.

“Insya Allah saya akan bawa kepada kerajaan untuk inisiatif sewaan rumah, mungkin sekitar RM500 sebulan untuk tempoh enam bulan. Ini bermakna setiap mangsa akan menerima sekitar RM3,000. Sekurang-kurangnya mereka ada tempat tinggal sementara dan ruang untuk bangkit semula,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️