75 pasangan ikuti Kursus Pra Perkahwinan, asas keluarga sakinah diperkukuh – YB Ku Mohd Zaki
Oleh: Irham Hilmi Hashim
DABONG, 1 April – Sebanyak 75 pasangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dabong menyertai Kursus Pra Perkahwinan Islam Fasa 1 Tahun 2026 sebagai antara langkah penting Kerajaan Negeri dalam memastikan bakal pengantin memiliki asas ilmu yang kukuh, sekali gus mampu memperkukuh asas keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Dabong YB Ku Mohd Zaki Ku Hussin berkata, inisiatif tersebut merupakan usaha berterusan kerajaan negeri Dallam memperkasa institusi kekeluargaan yang menjadi tunjang kepada pembentukan masyarakat sejahtera.
Sumber: inforakyat.kelantan.my