Pesakit Hospital Tumpat disantuni Ahli Parlimen sempena Aidilfitri
Oleh: Asri Hamat
TUMPAT, 20 Mac – Pesakit di Hospital Tumpat menerima kunjungan dan sumbangan daripada Ahli Parlimen Tumpat YB Dato’ Mumtaz Md Nawi dalam satu program ziarah kebajikan sempena Aidilfitri.
Lawatan tersebut bertujuan menyantuni pesakit yang terpaksa menyambut Aidilfitri di hospital, selain menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka.
Menurut Dato’ Mumtaz, selain para pesakit, turut disantuni dan diagih sumbangan ialah kakitangan keselamatan dan pekerja kebersihan.
Sumber: inforakyat.kelantan.my