🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

RM10,000 Untuk Anak-Anak Dan Guru PASTI

KUALA TERENGGANU – Hampir RM10,000 diperuntukkan bagi sumbangan baju raya kepada anak-anak PASTI dan duit raya kepada para guru PASTI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD)Kuala Besut, YB Haji Azbi Salleh, berkata seramai 34 pelajar menerima sumbangan pakaian raya bernilai RM100 setiap seorang.

Manakala guru menerima sumbangan keseluruhan sebanyak RM5,800.

“Alhamdulillah, hari ini kita dapat melihat senyuman di wajah anak-anak kita dan semoga mereka terus membesar dengan sihat, menjadi anak soleh serta berjaya di masa hadapan.

“Terima kasih juga kepada seluruh tenaga pengajar atas usaha murni ini,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, program ini dilaksanakan bagi memastikan anak-anak memerlukan turut merasai kegembiraan menyambut Hari Raya, sama seperti kanak-kanak lain, serta menghargai jasa para guru yang mendidik mereka.

Beliau turut menekankan bahawa sumbangan ini bukan sekadar bantuan material, tetapi juga merupakan dorongan moral dan simbolik kepada anak-anak supaya mereka merasa dihargai dan disayangi.

Program ini turut mengajak komuniti untuk bersama-sama memberi perhatian kepada golongan memerlukan, selaras dengan tanggungjawab wakil rakyat dalam memastikan kebajikan rakyat terjaga.

“Insya Allah, usaha kecil ini dapat menceriakan sambutan Aidilfitri mereka dan meninggalkan kenangan manis yang akan mereka ingati sepanjang hayat.

“Terus berkhidmat demi kebajikan rakyat Besut,” tambah beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️