KelantanNegeri

Menyemai kasih di bulan mulia, YB Ku Zaki santuni OKU Muqarrabun

KUALA KRAI, 10 Mac – Ahli Dewan Negeri (ADN) Dabong, YB Ku Mohd Zaki Ku Hussin menyantuni 25 penerima dalam kalangan Orang Upaya (OKU) terpilih dari sekitar DUN Dabong menerusi program ‘Menggapai Keberkatan Ramadan’ bersama OKU Muqorrobun Negeri Kelantan, pada Jumaat.

Menurut YB Ku Mohd Zaki, program yang berlangsung dalam suasana mahabbah itu bertujuan menzahirkan keprihatinan dan kasih sayang terhadap golongan istimewa, sekali gus mengangkat semangat bulan Ramadan yang menuntut umat Islam untuk saling berkongsi rezeki serta mengukuhkan ukhuwah sesama masyarakat.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️