Takziah Pemergian Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas: Kehilangan Besar Dunia Keilmuan Islam
Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang telah kembali ke rahmatullah.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia Islam, khususnya dalam bidang pemikiran, falsafah dan keilmuan Islam. Almarhum dikenali sebagai seorang ilmuwan besar yang telah memberikan sumbangan yang sangat bermakna dalam mengangkat kembali tradisi ilmu Islam, serta memperkenalkan gagasan penting seperti konsep Islamisasi ilmu yang menjadi rujukan di peringkat antarabangsa.
Semoga Allah SWT merahmati Almarhum Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, mengampunkan segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin.
Al-Fatihah.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS