KelantanNegeri

Kelantan hormati adat dan tradisi masyarakat pelbagai kaum

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 5 MAC– Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa menghormati adat dan tradisi masyarakat pelbagai kaum di negeri ini, selaras dengan usaha memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara komuniti.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Mohamad berkata, aktiviti keagamaan dan kebudayaan seperti sambutan Chap Goh Meh terus diraikan sebagai sebahagian daripada warna-warni kehidupan masyarakat di Kelantan.

Menurutnya, sebagai tanda sokongan terhadap kelangsungan program komuniti di Tok Kong, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM8,000 bagi membantu aktiviti masyarakat setempat.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️