Iftar bersama perantau luar negeri, platform eratkan ukhwah anak Kelantan
Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar
MELAKA, 3 Mac – Iftar bersama perantau luar negeri terus menjadi platform penting dalam mengeratkan ukhuwah dan memperkukuh hubungan sesama anak Kelantan yang berada jauh dari tanah air, khususnya dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.
Demikian kenyataan Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud ketika meluangkan masa menyantuni lebih 350 anak Kelantan dalam Majlis Berbuka Puasa di Dewan Mualim, Bukit Katil, di sini, pada Jumaat.
Dato’ Mohd Nassuruddin menyifatkan program seumpama itu sebagai medan menyatukan hati serta memperkukuh semangat kebersamaan antara pimpinan negeri dan anak-anak perantau.
Sumber: inforakyat.kelantan.my