Orang ramai diminta jaga kebersihan ketika berbuka puasa di tempat awam – Exco Alam Sekitar
Oleh: Syamimi Manah
KOTA DARULNAIM, 2 Mac – Orang ramai diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan ketika berbuka puasa di lokasi awam bagi memastikan persekitaran kekal bersih, selamat dan selesa sepanjang Ramadan.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah berkata, menjadi kebiasaan masyarakat memilih untuk berbuka puasa di luar rumah bagi mencari kelainan suasana.
Menurutnya, antara lokasi pilihan termasuk masjid atau perkarangannya, hotel, warung, taman awam, dataran serta kawasan lapang milik pihak berkuasa tempatan (PBT) dan swasta.
Sumber: inforakyat.kelantan.my