KelantanNegeri

Kelantan kekal pengeluar tembikai terbesar negara – Exco Pertanian

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 2 Mac – Kelantan terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju sektor agromakanan negara apabila muncul sebagai pengeluar tembikai terbesar Malaysia bagi tahun 2024 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 64,827 metrik tan (MT).

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, pencapaian tersebut meletakkan Kelantan di tangga pertama peringkat kebangsaan bagi komoditi berkenaan, sekali gus memperkukuh reputasi negeri sebagai hab pengeluaran makanan strategik negara.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Portfolio Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Bilangan 1/2026 yang berlangsung di Bilik Gerakan Mabna-MBI, hari ini.

“Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk menyelaras hala tuju sektor agromakanan negeri berasaskan data pengeluaran serta prestasi semasa, di samping memperkukuh strategi pembangunan pertanian yang mampan dan berdaya saing,” katanya menerusi laman rasmi.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️