KelantanNegeri

16 sekolah YIK terima sumbangan pemerkasaan RM5,000

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 26 Februari – Sebanyak 16 Sekolah Menengah Ugama (SMU) di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) terpilih menerima sumbangan pemerkasaan berjumlah RM5,000 setiap sekolah.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hasan kepada pengetua atau wakil sekolah di bilik Mesyuarat Timbalan Menteri Besar, Mabna Kompleks Kota Darulnaim semalam;

Sehubungan itu, Dato’ Mohamed Fadzli berkata, sumbangan tersebut bertujuan memperkukuhkan kelangsungan dan daya saing intitusi pendidikan Islam di Kelantan.
Menurutnya lagi, sumbangan itu juga sebagai tanda komitmen kerajaan negeri yang berterusan dalam memastikan SMU kekal relevan, diyakini dan berdaya saing dalam landskap pendidikan yang semakin mencabar.

Jelasnya, inisiatif berkenaan dilaksanakan susulan keputusan Mesyuarat Lembaga Pentadbir Tabung Kumpulan Wang Kebajikan dan Pelajaran YAKIN Bilangan 3 Tahun 2025 yang meneliti rekod semasa kemasukan pelajar ke SMU di negeri ini.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️