Mushaf Darulnaim perkasa budaya Jawi, mudahkan pembaca fahami Al-Quran
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco
KOTA DARULNAIM, 25 Februari – Mushaf Darulnaim terbitan Yayasan Islam Kelantan (YIK) melakar sejarah tersendiri apabila menjadi mushaf pertama yang menyertakan terjemahan Jawi per kata dengan ejaan terkini, bagi membantu pembaca mendekati serta memahami makna al-Quran dengan lebih jelas dan tersusun.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat bersama Pengarah YIK Shamsul Abu Bakar mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar YAB Dato’ Panglima Perang, Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud bagi memohon persetujuan berkaitan penerbitan Mushaf Al-Quran Kelantan Darul Naim.
Mushaf Darulnaim telah dilancarkan oleh Menteri Besar sempena Majlis Amanat Tahun Bharu 2026,di Dewan Tok Guru, Kompleks Kota Darulnaim pada 8 Januari lalu.
Mengulas lanjut, Dato’ Wan Roslan menjelaskan, mushaf berkenaan turut dihiasi elemen kesenian dan kebudayaan Kelantan yang menyerlahkan identiti negeri, selain disusun mengikut Resm Uthmani versi baharu bagi memastikan ketepatan serta keseragaman teks al-Quran.
Sumber: inforakyat.kelantan.my