KelantanNegeri

Pesawah wira sekuriti makanan negara, kebajikan mereka dipelihara – Exco Pertanian

Oleh: Syamimi Manah

KOTA BHARU, 15 Februari – Kerajaan Negeri Kelantan menegakan komitmen berterusan dalam membela kebajikan pesawah yang disifatkan sebagai wira sekuriti makanan negara menerusi pelbagai dasar dan inisiatif pengukuhan industri padi.

Penegasan itu disampaikan Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail ketika sesi interaksi dalam Seminar dan Dialog Pengairan Sawah Padi Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung di H-Elite Design Hotel, Tunjong, hari ini.
 
Dialog tersebut turut menampilkan Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu YB Dato’ Dr Azman Ibrahim sebagai panel jemputan bagi sesi dialog bersama peserta dalam kalangan pesawah, pengilang padi dan broker mesin padi seluruh Kelantan.

Menurut Dato’ Tuan Saripudin, Kelantan mempunyai Dasar Pertanian Negeri Kelantan dengan sasaran untuk muncul sebagai negeri jelapang makanan.

“Kelantan merupakan negeri kedua terluas tanaman padi di Malaysia dengan keluasan melebihi 40,000 hektar selepas Kedah. Daripada jumlah itu, lebih 26,000 hektar berada di bawah seliaan KADA,” katanya.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️