KelantanNegeri

Kelantan-Algeria perkukuh hubungan strategik dalam bidang pendidikan

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Exco

KOTA DARULNAIM, 5 Februari – Delegasi Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Algeria bagi memperkukuh hubungan strategik dalam aspek pendidikan, kebajikan pelajar serta penerokaan peluang kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan sektor berkaitan di Algeria.

Delegasi Kerajaan Negeri Kelantan disambut mesra oleh Duta Besar Malaysia ke Algeria TYT Dato’ Rizany Irwan Muhamad Mazlan.

Menurut Dato’ Wan Roslan, kunjungan tersebut turut menjadi platform perbincangan berkaitan sokongan diplomatik, penyelarasan hal ehwal akademik serta pembangunan sumber manusia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️