KelantanNegeri

MAIK-PERTIS perkasa pengajian al-Quran Braille, pindah ke rumah wakaf lebih kondusif

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 28 Januari – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Malaysia (PERTIS) Wilayah Kelantan menubuhkan Pusat Pengajian al-Quran PERTIS sebagai usaha memartabatkan ilmu al-Quran kepada semua lapisan masyarakat, khususnya golongan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan.

Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan YBM Tengku Tan Sri Dato’ Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, MAIK komited memperkasakan pengajian al-Quran Braille dengan memindahkan operasinya ke sebuah rumah wakaf yang lebih kondusif.

Menurutnya, sebelum ini kelas pengajian al-Quran Braille diadakan di premis sewaan di Padang Mokkan, Kota Bharu, dengan sebahagian pembiayaannya disumbangkan oleh MAIK.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️