KedahNegeri

LAWATAN TAPAK PELUPUSAN JABI, POKOK SENA

 

Lawatan Tapak Pelupusan Jabi, Pokok Sena telah diadakan bersama pihak Ignis Environment Initiatives Sdn. Bhd. sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam menilai pengurusan sisa pepejal serta meneroka inisiatif penambahbaikan yang lebih mampan dan mesra alam.
Lawatan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, Mejar (B) Mansor Zakaria itu turut disertai oleh wakil SWCorp Negeri Kedah, wakil Syarikat Greenviro Solutions serta wakil Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Kedah.
Sesi lawatan ini memberi peluang kepada semua pihak terlibat untuk berkongsi pandangan, pengalaman dan kepakaran berkaitan pengurusan tapak pelupusan, pematuhan garis panduan serta potensi pelaksanaan teknologi dan pendekatan baharu dalam pengurusan sisa pepejal.

Sumber: upda.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️