KelantanNegeri

Rong Chenok Agro Valley: PKPNK tampilkan model pertanian moden bersepadu

Oleh: Norzana Razaly

PASIR MAS, 19 Januari – Rong Chenok Agro Valley yang diusahakan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) terus membuktikan keupayaannya sebagai model pertanian moden bersepadu, merangkumi sektor pertanian, penternakan dan akuakultur, selaras dengan agenda keterjaminan makanan negeri Kelantan.

Kemajuan tersebut dizahirkan sempena lawatan kerja Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail ke hab pertanian berkenaan bagi meninjau pelaksanaan pelbagai projek strategik yang sedang dilaksanakan oleh PKPNK.

Menurutnya, antara tumpuan utama lawatan ialah Projek Melon Madu Kelantan (MMK) yang dilaksanakan di Pusat Penanaman Melon Madu Kelantan, yang kini menunjukkan prestasi pengeluaran yang memberangsangkan.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️