KelantanNegeri

Kemajuan LRA Chicha 2 hampir 60 peratus, dijangka siap pertengahan tahun ini

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media YB Saizol

KOTA DARULNAIM, 15 Januari – Projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Chicha 2 menunjukkan kemajuan memberangsangkan apabila hampir 60 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun ini bagi membekalkan sehingga 45 juta liter sehari (JLH) air terawat kepada pengguna.

Timbalan Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Saizol Ismail berkata, pembinaan LRA Chicha 2 berjalan mengikut perancangan dan dijangka dapat menyelesaikan isu gangguan bekalan air.

β€œDengan kapasiti pengeluaran 45 JLH, projek ini amat penting dalam meningkatkan sistem bekalan air di negeri ini serta dapat menyelesaikan masalah gangguan bekalan air bersih khususnya di kawasan Kota Bharu Selatan (KBS) dan Kota Bharu Timur (KBT) apabila siap kelak.,” katanya menerusi media sosial, pada Rabu.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️