Kawasan rekreasi dorong gaya hidup sihat masyarakat – YB Rusli
Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media ADN Wakaf Bharu
TUMPAT, 8 Januari — Ahli Dewan Negeri (ADN) Wakaf Bharu YB Rusli Abdullah menegaskan kepentingan mewujudkan kawasan rekreasi dalam melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.
Menurutnya, pelbagai jenis penyakit yang ditemui ketika menziarahi rakyat Wakaf Bharu.
“Saya selaku ADN Wakaf Bharu, bila pergi ziarah orang sakit itu, macam-macam sakit ada. Antara punca penyakit adalah dari segi pemakanan dan kurang senaman” katanya ketika berucap di masjlis tersebut.
Sumber: inforakyat.kelantan.my