🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Isu Palestin Bukan Hanya Agama, Tapi Kemanusiaan

Oleh : Amirul Aizab Mohd

KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS DUN Pengkalan Berangan hari ini menyertai Perarakan Bot, Jetski dan Kapal Laut sempena Himpunan Taufan Al Aqsa sebagai simbol solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin yang masih bergolak.

Ketuanya, Ahmad Mundzir Razali berkata, penglibatan anak muda dalam himpunan itu membuktikan bahawa isu Palestin bukan semata-mata isu keagamaan, tetapi merupakan isu kemanusiaan sejagat yang perlu diperjuangkan oleh semua pihak.

“Kita datang bukan sekadar membawa panji dan bendera, tetapi membawa hati yang penuh doa agar Allah memberikan kemenangan kepada umat Islam di bumi Al-Quds. Inilah jihad kesedaran, jihad maklumat, dan jihad semangat — agar generasi muda tidak alpa terhadap penderitaan saudara seagama mereka,” katanya dalam ucapannya di Kuala Terengganu, pada Jumaat.

Ahmad Mundzir turut menyeru seluruh ahli Pemuda dan masyarakat agar terus menyebarkan kesedaran tentang isu Palestin menerusi sumbangan, doa serta kempen maklumat di media sosial.

“Taufan Al Aqsa ini bukan hanya berlaku di laut, tetapi juga mesti bergelora dalam jiwa setiap umat Islam,” katanya.

Perarakan yang bermula dari perairan Marang sekitar jam 3 petang menuju ke kawasan Drawbridge Kuala Terengganu itu disertai ratusan peserta membawa panji Palestin dan sepanduk sokongan terhadap misi Sumud Flotilla dan Palestine.

Pemuda PAS DUN Pengkalan Berangan mengakhiri ucapan dengan doa agar pejuang Palestin terus diberi kemenangan serta kekuatan oleh Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️