🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Anak Muda Perlu Bangkit Lawan Kezaliman

Oleh; Rohayati Ripin

SETIU – Anak muda diseru untuk bangkit melawan kezaliman dan menolak budaya buli yang kini semakin membimbangkan selepas insiden kematian tragis adik Zara Qairina baru-baru ini.

Menurut Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Setiu (DMPKS) Nor Azlin Farilah Hashim@Abas, generasi muda khususnya dalam Ameerah merupakan aset penting perjuangan Islam yang perlu diperkukuh dengan kefahaman, ukhuwah dan kekuatan rohani.

“Kita kena rasa bertuah berada dalam perjuangan Islam. Anak muda mesti sabar hadapi ujian, jangan mudah lemah semangat, dan sentiasa minta pertolongan Allah.

“Tanpa bekalan rohani seperti zikir, solat malam, al-Quran dan al-Ma’thurat, kita akan mudah rebah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Rehlah bersama Gen3 Setiu, di Lata Hulu Kekabu, Permaisuri, semalam.

Nor Azlin Farilah menegaskan, ukhuwah sesama anak muda perlu dijaga kerana perpecahan hanya melemahkan saf perjuangan.

“Kita kena berbaik sangka, saling memaafkan dan menggiatkan program santai yang dekat dengan jiwa anak muda.

Ameerah mesti diramaikan dan diberi kefahaman dakwah secara berterusan,” jelasnya.

Beliau turut mencadangkan agar tamrin dijadikan platform tarbiyah untuk melahirkan anak muda yang lebih berilmu, bersemangat dan istiqamah.

Justeru itu, beliau berharap agar anak muda sentiasa kuat, berani bersuara, dan menjadi generasi yang membawa perubahan dengan bergantung sepenuhnya kepada Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️