🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Desak Tindakan Tegas Tangani Isu Buli

BESUT – Ameerah Besut mendesak pihak berkenaan mengambil tindakan tegas bagi menangani isu buli yang semakin membimbangkan dan menuntut kerajaan mewujudkan jawatan khusus warden asrama bagi menjamin keselamatan pelajar.

Ketuanya, Amnah Mohamed berkata, tragedi yang menimpa pelajar, Zara Qairina, baru-baru ini wajar menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak memandang ringan budaya buli di sekolah.

“Tanggungjawab mencegah buli perlu dipikul bersama oleh ibu bapa, pihak sekolah, kerajaan, dan masyarakat, bukan sekadar memastikan anak tidak menjadi mangsa tetapi juga tidak menjadi pelaku,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam laman sosialnya, pada hari ini.

Amnah menambah, pendidikan akhlak dan disiplin mesti bermula di rumah dengan pemantauan rapi dan komunikasi konsisten.

Dalam masa sama, beliau turut menekankan perlunya guru diberi ruang fokus kepada tugas mendidik tanpa dibebankan dengan peranan keselamatan pelajar yang sepatutnya diurus oleh warden asrama sepenuh masa.

Justeru itu, beliau berharap tragedi seumpama ini tidak lagi berulang dan mengajak masyarakat untuk cakna serta berdoa agar anak-anak sentiasa dilindungi daripada segala keburukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️