NegeriTerengganu

Pemuda Gesa Dasar Kekal Kekang Kos Sara Hidup Dan Kenaikan Harga

KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS menggesa agar kerajaan menggariskan dasar kekal untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat dan kenaikan harga barang serta perkhidmatan, bukan dengan membuat penyelesaian secara β€˜ad-hoc’ sebagaimana diumumkan Perdana Menteri semalam.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Hamdi Harun menyifatkan perkara yang dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar itu hanya sebagai penyelesaian bersifat sementara, bukan langkah tuntas yang mampu menangani akar permasalahan.

Menurut Hamdi, bantuan tunai RM100 menerusi program SARA dan penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter tidak menyentuh masalah asas yang dihadapi rakyat seperti kenaikan harga barang, pendapatan rendah dan beban hidup yang kian menekan.

β€œKalau kita lihat dari sudut realiti hidup rakyat biasa, hakikatnya bantuan seperti ini hanya mampu beri kelegaan sementara.

β€œRM100 yang diberi, bukan dalam bentuk tunai, dan hanya boleh digunakan di pasar raya tertentu itu pun mungkin habis dalam satu kali beli barang dapur,” jelasnya ketika dihubungi pada hari ini.

Ustaz Hamdi turut mempersoalkan sama ada pengumuman tersebut benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat atau sekadar langkah taktikal bagi meredakan keresahan menjelang Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai ini.

β€œNampak sangat macam β€œubat tahan sakit” – sakitnya tak hilang, tapi ditahan sementara supaya pesakit tak merungut.

β€œBila ubat habis, sakit datang balik dan apa yang rakyat perlukan bukan ubat tahan sakit semata-mata,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa rakyat tidak lagi boleh diberi β€œgula-gula” retorik, sebaliknya memerlukan dasar ekonomi yang kukuh, penyelesaian struktur dan pendekatan jangka panjang yang mampu menjamin kestabilan hidup.

β€œMereka perlukan rawatan yang betul. Rakyat nak harga barang yang stabil, gaji yang cukup, kos hidup yang munasabah.

β€œKalau masalah asas tak diselesaikan, bantuan macam ni cuma tampal luka bukan ubatkan penyakit,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️