🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Muslimat Bantah Kenaikan SST Dan Peningkatan Harga Barangan.

BESUT – Dewan Muslimat PAS Besut membantah tindakan kerajaan Madani menaikkan Kadar dan meluaskan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ketika rakyat sedang bergelut dengan ketidaktentuan ekonomi negara.

Menurut Ketuanya, Ustazah Fadilah Syed Hamid, keputusan kerajaan itu disifatkan tidak sensitif terhadap kesusahan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang kini semakin terbeban dengan peningkatan kos sara hidup.

“Ia sangat -sangat menyusahkan dan membebankan rakyat,

“walaupun kerajaan Pusat menafikannya, realiti kehidupan di kampung-kampung semakin tertekan,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, pelaksanaan dasar baharu itu adalah tidak adil dan membebankan, khususnya kepada golongan B40 dan M40 di negeri-negeri yang majoriti penduduknya berpendapatan rendah.

“Pasar-pasar raya besar sudah menyatakan, mereka akan menaikkan harga barang secara beransur-ansutr dan sudah tentu ini bukan satu langkah yang adil.

“Kenaikan tarif elektrik juga lambat laun akan memberi kesan rantaian kepada masyarakat,” tegas beliau.

Mengulas lanjut, Ustazah Fadilah juga melihat langkah kerajaan menaikkan cukai ini sebagai bukti kegagalan dalam mengurus kewangan dan fiskal negara.

“Ini menunjukkan kegagalan pengurusan fiskal Kerajaan Madani,” tambah beliau.

Justeru itu, beliau menyeru agar kerajaan mengkaji semula pelaksanaan dasar-dasar ekonomi yang dilihat tidak mesra rakyat dan menambah beban, serta lebih mengutamakan pemulihan ekonomi melalui langkah-langkah bijak dan bertanggungjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️