πŸ”΄ TERKINI
Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN
Terengganu

1,252 Penduduk DUN Kijal terima bantuan banjir

KEMAMAN – Seramai 1,252 penerima yang terdiri daripada mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal menerima bantuan bagi meringankan beban mereka akibat musibah yang melanda baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris berkata, bantuan tersebut disalurkan secara berperingkat kepada mangsa yang ditempatkan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan terbabit.

β€œPada Jumaat lepas, Seramai 702 penerima dari tiga PPS iaitu Teluk Kalong, Meraga Beris, dan Titian Berayun telah menerima bantuan yang disampaikan di Surau Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong.

β€œSeterusnya, Khamis lepas pula, seramai 368 penerima dari PPS Dewan Sivik Bukit Kuang dan PPS Balairaya Kampung Bukit Kuang bertempat di Masjid Ar-Rahman,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman pada hari ini.

Razali turut memaklumkan bahawa seramai 182 penerima dari empat PPS iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ibok, PPS Padang Kemunting, PPS Batu 9, dan PPS Padang Kubu menjadikan jumlah keseluruhan 1,252 penerima.

β€œKami berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa-mangsa banjir untuk bangkit semula selepas berdepan dengan ujian ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️