🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Gesa Tindakan Tegas Terhadap Kenyataan Sensitif Nga Kor Ming

HULU TERENGGANU – Kenyataan seorang pemimpin yang disifatkan serius kerana berpotensi mencetuskan pelbagai persepsi negatif terhadap parti PAS serta menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat perlu diambil tindakan tegas.

Setiausaha PAS Hulu Terengganu, Hilmi Harun, berkata isu yang berkaitan sensitiviti agama memerlukan sikap berhati-hati dan tanggungjawab dalam setiap ucapan, terutama apabila melibatkan perkara yang menyentuh kepercayaan masyarakat Islam.

“Kami mengharapkan kenyataan seperti ini tidak diulangi pada masa akan datang kerana ia melambangkan sesuatu yang tidak bermoral, terutama bagi individu bukan beragama Islam yang membuat kenyataan melibatkan agama Islam.

“Insya-Allah, kami berharap perkara ini tidak berulang. Malah, kami bukan sahaja di Hulu Terengganu, tetapi di seluruh negara, telah membuat laporan terhadap beliau berhubung kenyataan tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Hulu Terengganu pada 1 Januari lalu.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang dianggap melanggar sensitiviti agama Islam.

“Kami juga menggesa agar kerajaan lebih berhati-hati dalam memastikan keharmonian agama terus terpelihara.

“Kita tidak mahu situasi yang tidak harmoni berlaku di negara ini, kerana kita sedia maklum bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa,” tegasnya.

Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, didakwa telah membuat kenyataan secara terbuka dengan menuduh PAS sebagai sesat, menyebarkan ajaran sesat, menunggang agama, dan merosakkan keharmonian masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️