🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Enam Kampung DUN Alor Limbat Terjejas Banjir

MARANG — Seramai 80 mangsa dari enam kampung yang terjejas akibat banjir telah dipindahkan ke Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di daerah ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pihaknya sedang giat memantau keadaan semasa dan memastikan bantuan segera disalurkan kepada mangsa yang terjejas.

“Semua pihak kini giat memantau paras air yang dijangka meningkat sekiranya hujan lebat berterusan, khususnya pada malam ini.

“Sekiranya keadaan semakin buruk, lebih ramai penduduk mungkin perlu dipindahkan demi menjamin keselamatan mereka,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marang berkata demikian selepas mengadakan lawatan rasmi ke PPS Rawai, hari ini.

Ariffin turut mengingatkan penduduk agar sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, dengan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa tempatan yang bertugas.

“Musim tengkujuh ini benar-benar menguji ketabahan rakyat Terengganu.

“Marilah kita bersama-sama berdoa agar situasi ini segera pulih dan semua mangsa diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini.

“Hulurkanlah bantuan atau sumbangan sebagai tanda solidariti kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Beliau juga menambah bahawa lawatan ini turut diiringi oleh beberapa pegawai daerah dan agensi penyelamat yang terus berusaha memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk terjejas banjir.

Justeru itu, beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan maklumat terkini daripada pihak berkuasa tempatan dan mematuhi arahan untuk berpindah sekiranya diperlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️