NegeriTerengganu

Lebih 50,000 Hadir Rumah Terbuka PAS

Oleh : Hafiz Rosli

KUALA NERUS โ€“ Lebih 50,000 orang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu bertempat di Dewan Arena Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, di sini hari ini.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Datoโ€™ Husain Awang, bersyukur atas kejayaan menganjurkan majlis tersebut.

Katanya, acara itu merupakan program tradisi PAS yang telah dilaksanakan selama bertahun-tahun.

โ€œSaya bagi pihak badan perhubungan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih khususnya kepada PAS kawasan-kawasan yang telah memberi kerjasama dan menyumbang berbagai juadah kepada para pengunjung.

โ€œsaya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama memeriahkan majlis kita pada hari ini yang dihadiri bukan sahaja dalam kalangan ahli dan penyokong tapi seluruh lapisan masyarakat termasuk bukan Islam dan juga bukan Melayu,โ€ katanya ketika sidang media pada majlis berkenaan.

Pada majlis tersebut, PAS Kawasan Kuala Nerus memenangi kedudukan utama dalam pertandingan gerai terbaik dengan markah tertinggi 95, sekali gus meraih ganjaran wang tunai sebanyak RM3,000.

PAS Besut pula berjaya memperoleh tempat kedua, sementara PAS Kemaman menduduki tempat ketiga.

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada kumpulan Seedrain dan Sahabat Akustika serta turut dihadiri Murabbi Sejuta Ummah, Ustaz Azhar Idrus.

Majlis yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu berakhir sekitar jam 4.00 petang, selepas semua hidangan habis dihidangkan kepada para pengunjung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

๐Ÿ“ฑ ๐Ÿ“˜ ๐Ÿฆ โœˆ๏ธ