🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Warga Felda Belara Sudah Berubah

KUALA NERUS – Warga penduduk Felda Belara dahulunya kubu Barisan Nasional (BN) kini sudah berubah menerima dan memilih parti Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke -15 kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Datuk Dr Alias Razak berkata, mereka cenderung untuk memilih kerajaan sedia di bawah pemerintahan Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Dr Samsuri Mokhtar.

“Walau penduduk kampung tidak ramai bukanlah menjadi alasan untuk tidak ambil peduli dan tiada usaha kemajuan yang dirancang di kawasan tersebut.

“Saya tetap bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka,” jelasnya.

Beliau yang juga calon Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian ditemui pihak media selepas program di sini, pada semalam.

Menurutnya, Felda Belara digelar Hulu Nerus kerana dikatakan satu kawasan yang jauh dari pusat bandar dan didiami oleh sebahagian kecil masyarakat kampung berbeza dengan kawasan lain dalam Parlimen ini.

“Tumbangkan kerajaan barisan Nasional,” tegas beliau.

Menurutnya, kehadirannya di sambut baik oleh masyarakat di sana serta disajikan dengan pelbagai menu kampung.

Alias menambah, beliau turut menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada penduduk kampung di sekitar tersebut.

Datuk Dr Alias yang dicalonkan sebagai calon Ahli Parlimen Kuala Nerus P035 , telah menjadikan aktiviti ziarah rakyat bermula beliau dilantik sebagai ADUN Bukit Tunggal dan telah menjadikan aktiviti ziarah sebagai satu aktiviti mingguan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️