NegeriTerengganu

Institusi Keluarga Generasi Penyatuan Ummah

SIK – Institusi keluarga memainkan peranan besar dalam proses pembentukan generasi yang memahami agenda penyatuan ummah sejak seawal usia.

Ketua Muslimat Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, kaum wanitalahyang memainkan peranan utama dalam menjayakan agenda ini menerusi gerakan penyatuan jiwa-jiwa dalam setiap keluarga masing-masing di atas dasar ketakwaan.

“Ia memerlukan didikan agama dan kesedaran mendalam terhadap tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah dan menginsafi perananmasing-masing dalam membangunkan bersama Negara yang sejahtera.,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucap utama yang bertema ‘Penyatuan Ummah Menuju Kemenangan’ di Muktamar Tahunan Muslimat PAS Malaysia kali ke 62 di Dewan Al-Hana di sini pada 2 September.

Tambahnya lagi, dalam berdepan dengan pelbagai ujian, pembentukansebuah keluarga, kaum wanita tidak boleh dibiarkan bersendirian mengharungi krisis kehidupan dewasa ini.

“Kita menyeru semua golongan lelaki khususnya para suami dan bapa membangunkan keperibadian ‘Qawwam’ yang memilikijati diri sebagai pemimpin keluarga.

“Menjadi tempat pelindung danmenyediakan sistem sokongan yang kondusif kepada golongan wanita agarsama-sama membina Keluarga Sejahtera, “katanya lagi.

Menurutnya, seluruh ahli keluarga perlu menyedari anasir-anasir jahat yang cubamenggegar tiang seri rumah tangga.

“kerana, apabila institusi keluarga ini berjaya dilemahkan, maka akan lemahlah Penyatuan Ummah di peringkat Negara,

“Dan akan musnahlah segala usaha membawa Negara ke gerbang kejayaan,” ujarnya.

Maka, beliau menambahnya lagi, tenaga kaum lelaki dan wanita perlu digembleng semaksimum yang mungkin.

“Agar institusi keluarga mampu menjadi benteng dari segala anasir yang bolehmenghancurkan umat dari dalam danluar, ” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️