🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Hari Ini Dalam Sejarah

Hari ini dalam sejarah | Pembentukan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu

1 OGOS 1955 (ISNIN)

PADA hari ini dalam tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Parti Perikatan telah membentuk Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu.

Pembentukan Kabinet itu berikutan kemenangan besar Perikatan dalam Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu yang telah berlangsung pada 27 Julai 1955 dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Pembentukan barisan Kabinet pertama ini terdiri daripada 10 orang Menteri, dua orang Timbalan Menteri dan tiga orang Penolong Menteri.

Anggota Jemaah Kabinet yang dilantik terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti yang menaungi di bawah Parti Perikatan iaitu UMNO, MCA dan MIC.

Pengumuman rasmi pembentukan anggota Kabinet pertama ini telah dilakukan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald Mac Gillivary pada 4 Ogos 1955 di King’s House setelah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu sebagaimana yang diperuntukan di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

Upacara mengangkat sumpah telah diadakan pada 9 Ogos 1955 dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Mr. Prethaser.

Sesungguhnya dengan pembentukan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955, telah merintis kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia


Anggota Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1955. Duduk dari kiri:C.J. Thomas (Setiausaha Kewangan), H. S. Lee (Menteri Pengangkutan), Tunku Abdul Rahman (Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri), Donald MacGillivray (Pesuruhjaya Tinggi), D.J. Watherson (Ketua Setiausaha), J.P. Hogan (Peguam Negara), dan Dr. Ismail Abdul Rahman (Menteri Hasil Bumi). Berdiri dari kiri:Bahaman Samsuddin (Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri), Abdul Razak Hussein (Menteri Pelajaran), O.J. Spencer (Setiausaha Ekonomi), Abdul Aziz Ishak (Menteri Pertanian), A.H.P. Humphrey (Setiausaha Pertahanan), Sulaiman Abdul Rahman (Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar), V. T. Sambanthan (Menteri Buruh), Sardon Jubir (Menteri Kerjaraya), Leong Yew Koh (Menteri Kesihatan), Ong Yoke Lin (Menteri Perhubungan, Telekom dan Pos), A.S.H. Kemp (Setiausaha Negeri), dan Too Joon Hing (Timbalan Menteri Pelajaran).

Kredit info dan foto : Wikipedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️